Friday, November 18, 2016

Masalah Volkswagen Passat

Sepanjang 7 bulan saya memiliki Volkswagen Passat 1.8 TSI(Model B7) saya ingin menceritakan masalah yang saya hadapi kereta ini, tapi sebelum itu saya senaraikan kenapa saya memilih VW Passat ini:

  1. Discount yang tinggi untuk model 2015, dibeli pada tahun 2016, dan warranty yang diberikan adalah selama 5 tahun bermula pada tarikh dibeli.
  2. Torque yang bagus, 250Nm @ 1,500 – 4,200rpm, bermakna kereta lebih pickup ketika menekan pedal minyak, walaupun terdapat sedikit turbo lag. Horsepower yang agak memuaskan.
  3. Handling yang bagus jika dibandingkan dengan segment yang sama denganya seperti Camry, Accord.
  4. Suspension yang agak ok jika dibandingkan dengan Mazda 6 dan Accord.
  5. DSG 7, pertukaran gear yang pantas, tidak linear dan membosankan seperti kebanyakkan D segment yang banyak menggunakan sistem CVT.
  6. Safety system, selain standard, ia mempuyai ESC, tapi hanya 6 airbag.
  7. Rekabentuk dalaman yang simple dan kemas.

Disenaraikan pula masalah yang saya hadapi dengan VW Passat ini.
  1. Hari pertama memiliki kenderaan ini salah satu dari remote tidak dapat digunakan untuk mengidupkan enjin kereta, hanya boleh unlock pintu secara remote.Agak malas nak hantar kembali ke Wearnes sungai besi. Saya terpaksa mengambil juga kenderaan tersebut kerana saya terpaksa bertolak ke oversea pada keesokkan harinya.
  2. Bunyi rattling sound pada dashboard, agak annoying.
  3. Window washer reservoir sensor sering menyala walaupon air di isi penuh.
  4. Seat-belt pemandu sering tersangkut walaupon ditarik dengan perlahan. 
Untuk Seat-belt pemandu ianya perlu ditukar kerana agak merbahaya kerana ianya sering sangkut ketika saya cuba untuk tunduk bagi melihat kenderaan dari kiri dan kanan. Namun masalah yang sering didengari dengan Volkswagen ini adalah ketiadaan stok spare-part, saya terpaksa menunggu sebulan lebih untuk mendapatkan gantian, dan proses penggantian mengambil masa lebih dari 2 hari.

Inilah perkara yang anda perlu pertimbangkan apabila ingin membeli kereta dari Europe ini. Sekiranya anda sepertia saya, hanya memiliki sebuah kerata, amatlah sukar hidup anda berdepan masalah sebegini, bayangkan sekiranya anda memilik masalah serius seperti mechatronic issue pada DSG7 atau Piston crack pada enjin 1.4 TSI, kereta anda akan tersadai di bengkel selagi tidak mendapat spare-part dari VW German.







No comments:

Post a Comment