Friday, November 18, 2016

Kelebihan Proton Persona 2016

Disini saya akan menyenaraikan kelebihan Proton Persona 2016 supaya anda dapat membuat pertimbangan sekirnya anda ingin memiliki kereta B segment. Antara saingan Proton Persona ini adalah:

  1. Perodua Bezza
  2. Proton Iriz
  3. Proton Saga 2016.
Kerangka yang lebih kuat

Proton Persona 2016 ini dibangunkan dengan menggunkan platform Proton Iriz, ia  menggunakan teknologi yang sama dengan Proton Preve dan Suprima. Teknologi yang digunakan pada kerangka Persona ada REinforced Safety Structure (RESS) iaitu teknologi hot press forming. Teknologi ini tidak terdapat pada Proton Saga 2016 kerana ianya menggunakan platform Saga lama.

Ciri-ciri keselamatan.

ESC- Elektronic stablity control pada semua variant, manakala Saga 2016 dan Perodua Bezza hanya pada variant yang paling top.
Persona 2016 6 Airbag(top variant), manakala Bezza dan Saga hanya 2 airbag pada semua bariant.

Enjin yang lebih kuat.

Berbanding saga yang hanya ditawarkan dengan enjin 1.3 liter, Persona ditawarkan dengan enjin 1.6, 107hp/150NM berbanding. Enjin 1.3 horsepower dan torque adalah 94hp/120NM.

Enjin yang digunakan adalah VVT(variable valve timing). Namun sekiranya dilihat pada kecanggihan enjin Perodua Bezza menggunkan tekonologi Dual VVT-i, bermakna variable valve timing terdapat pada inlet dan exhaust cams, secara tak langsung enjin Perodua Bezza lebih efficient dan jimat minyak.

Gearbox.

Proton Persona 2016 dan Saga 2016 menggunkan CVT system, tidak pertukaran gear berlaku jadi tiada hentakkan dan lebih selesa. Secara teori sistem CVT ini lebih menjimatkan minyak berbanding Perodua Bezza yang menggunakan torque converter, namun oleh kerana enjin Bezza yang sangat effiecent dan Power to weight ratio Bezza adalah tinggi(Bezza lebih ringan) kelebihan penjimatkan minyak pada Persona 2016.

Kerb weight:
  • Proton Persona 2016 - 1210 KG
  • Perodua Bezza - 930 KG

Handling yang lebih bagus.

Pada pendapat saya walaupun Persona 2016 ini menggunakan  Electric Power Steering berbanding hydraulic sistem pada model sebelumya, handling agak bagus jika dibandingkan dengan pesaingnya, steering lebih ringan sesuai untuk pemanduan di dalam bandar namun kurang tindakbalas diterima dari tayar.
Manakala Saga 2016 masih menggunakan system hydraulic, steering lebih berat namun masih ada feedback dan tidak ariticial.

Kabin yang lebih senyap dan luas.

Pada pendapat saya, kabin Proton Persona ini adalah lebih senyap berbanding persaingnya, Ruang dalaman yang lebih besar dan kualiti buatan yang agak OK.












Masalah Volkswagen Passat

Sepanjang 7 bulan saya memiliki Volkswagen Passat 1.8 TSI(Model B7) saya ingin menceritakan masalah yang saya hadapi kereta ini, tapi sebelum itu saya senaraikan kenapa saya memilih VW Passat ini:

  1. Discount yang tinggi untuk model 2015, dibeli pada tahun 2016, dan warranty yang diberikan adalah selama 5 tahun bermula pada tarikh dibeli.
  2. Torque yang bagus, 250Nm @ 1,500 – 4,200rpm, bermakna kereta lebih pickup ketika menekan pedal minyak, walaupun terdapat sedikit turbo lag. Horsepower yang agak memuaskan.
  3. Handling yang bagus jika dibandingkan dengan segment yang sama denganya seperti Camry, Accord.
  4. Suspension yang agak ok jika dibandingkan dengan Mazda 6 dan Accord.
  5. DSG 7, pertukaran gear yang pantas, tidak linear dan membosankan seperti kebanyakkan D segment yang banyak menggunakan sistem CVT.
  6. Safety system, selain standard, ia mempuyai ESC, tapi hanya 6 airbag.
  7. Rekabentuk dalaman yang simple dan kemas.

Disenaraikan pula masalah yang saya hadapi dengan VW Passat ini.
  1. Hari pertama memiliki kenderaan ini salah satu dari remote tidak dapat digunakan untuk mengidupkan enjin kereta, hanya boleh unlock pintu secara remote.Agak malas nak hantar kembali ke Wearnes sungai besi. Saya terpaksa mengambil juga kenderaan tersebut kerana saya terpaksa bertolak ke oversea pada keesokkan harinya.
  2. Bunyi rattling sound pada dashboard, agak annoying.
  3. Window washer reservoir sensor sering menyala walaupon air di isi penuh.
  4. Seat-belt pemandu sering tersangkut walaupon ditarik dengan perlahan. 
Untuk Seat-belt pemandu ianya perlu ditukar kerana agak merbahaya kerana ianya sering sangkut ketika saya cuba untuk tunduk bagi melihat kenderaan dari kiri dan kanan. Namun masalah yang sering didengari dengan Volkswagen ini adalah ketiadaan stok spare-part, saya terpaksa menunggu sebulan lebih untuk mendapatkan gantian, dan proses penggantian mengambil masa lebih dari 2 hari.

Inilah perkara yang anda perlu pertimbangkan apabila ingin membeli kereta dari Europe ini. Sekiranya anda sepertia saya, hanya memiliki sebuah kerata, amatlah sukar hidup anda berdepan masalah sebegini, bayangkan sekiranya anda memilik masalah serius seperti mechatronic issue pada DSG7 atau Piston crack pada enjin 1.4 TSI, kereta anda akan tersadai di bengkel selagi tidak mendapat spare-part dari VW German.