Friday, November 18, 2016

Kelebihan Proton Persona 2016

Disini saya akan menyenaraikan kelebihan Proton Persona 2016 supaya anda dapat membuat pertimbangan sekirnya anda ingin memiliki kereta B segment. Antara saingan Proton Persona ini adalah:

  1. Perodua Bezza
  2. Proton Iriz
  3. Proton Saga 2016.
Kerangka yang lebih kuat

Proton Persona 2016 ini dibangunkan dengan menggunkan platform Proton Iriz, ia  menggunakan teknologi yang sama dengan Proton Preve dan Suprima. Teknologi yang digunakan pada kerangka Persona ada REinforced Safety Structure (RESS) iaitu teknologi hot press forming. Teknologi ini tidak terdapat pada Proton Saga 2016 kerana ianya menggunakan platform Saga lama.

Ciri-ciri keselamatan.

ESC- Elektronic stablity control pada semua variant, manakala Saga 2016 dan Perodua Bezza hanya pada variant yang paling top.
Persona 2016 6 Airbag(top variant), manakala Bezza dan Saga hanya 2 airbag pada semua bariant.

Enjin yang lebih kuat.

Berbanding saga yang hanya ditawarkan dengan enjin 1.3 liter, Persona ditawarkan dengan enjin 1.6, 107hp/150NM berbanding. Enjin 1.3 horsepower dan torque adalah 94hp/120NM.

Enjin yang digunakan adalah VVT(variable valve timing). Namun sekiranya dilihat pada kecanggihan enjin Perodua Bezza menggunkan tekonologi Dual VVT-i, bermakna variable valve timing terdapat pada inlet dan exhaust cams, secara tak langsung enjin Perodua Bezza lebih efficient dan jimat minyak.

Gearbox.

Proton Persona 2016 dan Saga 2016 menggunkan CVT system, tidak pertukaran gear berlaku jadi tiada hentakkan dan lebih selesa. Secara teori sistem CVT ini lebih menjimatkan minyak berbanding Perodua Bezza yang menggunakan torque converter, namun oleh kerana enjin Bezza yang sangat effiecent dan Power to weight ratio Bezza adalah tinggi(Bezza lebih ringan) kelebihan penjimatkan minyak pada Persona 2016.

Kerb weight:
  • Proton Persona 2016 - 1210 KG
  • Perodua Bezza - 930 KG

Handling yang lebih bagus.

Pada pendapat saya walaupun Persona 2016 ini menggunakan  Electric Power Steering berbanding hydraulic sistem pada model sebelumya, handling agak bagus jika dibandingkan dengan pesaingnya, steering lebih ringan sesuai untuk pemanduan di dalam bandar namun kurang tindakbalas diterima dari tayar.
Manakala Saga 2016 masih menggunakan system hydraulic, steering lebih berat namun masih ada feedback dan tidak ariticial.

Kabin yang lebih senyap dan luas.

Pada pendapat saya, kabin Proton Persona ini adalah lebih senyap berbanding persaingnya, Ruang dalaman yang lebih besar dan kualiti buatan yang agak OK.












Masalah Volkswagen Passat

Sepanjang 7 bulan saya memiliki Volkswagen Passat 1.8 TSI(Model B7) saya ingin menceritakan masalah yang saya hadapi kereta ini, tapi sebelum itu saya senaraikan kenapa saya memilih VW Passat ini:

  1. Discount yang tinggi untuk model 2015, dibeli pada tahun 2016, dan warranty yang diberikan adalah selama 5 tahun bermula pada tarikh dibeli.
  2. Torque yang bagus, 250Nm @ 1,500 – 4,200rpm, bermakna kereta lebih pickup ketika menekan pedal minyak, walaupun terdapat sedikit turbo lag. Horsepower yang agak memuaskan.
  3. Handling yang bagus jika dibandingkan dengan segment yang sama denganya seperti Camry, Accord.
  4. Suspension yang agak ok jika dibandingkan dengan Mazda 6 dan Accord.
  5. DSG 7, pertukaran gear yang pantas, tidak linear dan membosankan seperti kebanyakkan D segment yang banyak menggunakan sistem CVT.
  6. Safety system, selain standard, ia mempuyai ESC, tapi hanya 6 airbag.
  7. Rekabentuk dalaman yang simple dan kemas.

Disenaraikan pula masalah yang saya hadapi dengan VW Passat ini.
  1. Hari pertama memiliki kenderaan ini salah satu dari remote tidak dapat digunakan untuk mengidupkan enjin kereta, hanya boleh unlock pintu secara remote.Agak malas nak hantar kembali ke Wearnes sungai besi. Saya terpaksa mengambil juga kenderaan tersebut kerana saya terpaksa bertolak ke oversea pada keesokkan harinya.
  2. Bunyi rattling sound pada dashboard, agak annoying.
  3. Window washer reservoir sensor sering menyala walaupon air di isi penuh.
  4. Seat-belt pemandu sering tersangkut walaupon ditarik dengan perlahan. 
Untuk Seat-belt pemandu ianya perlu ditukar kerana agak merbahaya kerana ianya sering sangkut ketika saya cuba untuk tunduk bagi melihat kenderaan dari kiri dan kanan. Namun masalah yang sering didengari dengan Volkswagen ini adalah ketiadaan stok spare-part, saya terpaksa menunggu sebulan lebih untuk mendapatkan gantian, dan proses penggantian mengambil masa lebih dari 2 hari.

Inilah perkara yang anda perlu pertimbangkan apabila ingin membeli kereta dari Europe ini. Sekiranya anda sepertia saya, hanya memiliki sebuah kerata, amatlah sukar hidup anda berdepan masalah sebegini, bayangkan sekiranya anda memilik masalah serius seperti mechatronic issue pada DSG7 atau Piston crack pada enjin 1.4 TSI, kereta anda akan tersadai di bengkel selagi tidak mendapat spare-part dari VW German.







Monday, March 28, 2016

Stress beli kereta kat Malaysia

Sebenarnya saya pon tak tau nak bagi apa title untuk penulisan saya, tapi ianya berkaitan proses pembelian kereta di Malaysia. Tahun 2015 saya telah memulakan proses untuk menggantikan Proton Preve saya ini kerana sudah bosan dengannya, bunyi bising ataupon "rattling sound" membuatkan saya jadi gila, dan juga sudah masanya untuk saya upgrade kenderaan. Jadi saya telah membuat research dan mendapai kereta yang saya inginkan adalah "D segment". Seteleh beberapa sesi test drive saya telah membuat keputusan untuk membeli Camry Hybrid, antara sebab memilih Camry Hybrid ini adalah:

  1. Hybrid system(synergy drive) - Jimat minyak
  2. NVH - Noise, harshness and vibration sangat bagus jika dibandingkan dengan kenderaan jenis lain dalam segment yg. sama.
  3. Horsepower & Toque yang agak ok 
  4. Safety yang bagus, tambahan kepada basic safety system seperti, ESC, blindsport monitoring & 7 Airbag.
  5. 10 JBL speaker.
  6. Handling - cukup2 makan.
Apabila melawati Toyota Wow Road di Setia City Mall Convention Center pada awal November 2015 dan dijanjikan interest rate, diskaun dan service yang menarik dari salesman Toyota, saya pon datang kembali ke Crestmax auto TTDI untuk sesi test drive dan berbincang mengenai pembelian. 

Disini bermulanya taktik salesman kereta, untuk trade-in kebiasaannya mereka akan menjanjikan harga yang tinggi, tapi apabila wakil dari panel kereta terpakai datang mereka akan mencari segala kecacatan yang ada pada kendaraan lama anda untuk mengurangkan harga trade-in. Pekara ini sangatlah bodoh kerana mereka mengharapkan kenderaan anda berada dalam keadaan sempurna untuk mengurangkan harga trade-in. Masalah sebenar disini adalah anda terpaksa top-up wang tambahan untuk melangsaikan hutang anda pada bank, ini sangat berbeza dari pelan asal ketika anda memutuskan untuk membeli kereta berdasarkan janji salesman.

Masalah kedua adalah interest rate, dijanjikan kepada saya interest rate yang rendah dari Maybank, tapi sebenarnya system pembayaran adalah berbeza, ansuran bulanan sangatlah tinggi kerana system pembayaran untuk pinjaman jenis itu berlainan dari kebiasaan . Lalu saya membuat keputusan untuk mencari sendiri loan sendiri, dipendekkan cerita loan saya dengan interest rate yang rendah diluluskan oleh KFH, gembira tak terkira rasanya, cepat-cepat saya datang sign agreement, disangkakan boleh dapat kereta dalam masa 2 minggu sepertia dijanjikan oleh jurujual.

Setelah berhari-hari menunggu jurujual Toyota kembali dengan chassis-number barulah saya tahu yang mereka tidak mempunya ready stock. Bayangkan betapa kecewa rasanya bila anda bertungkus lumus untuk mendapatkan loan , keretanya belum ada, dah lah harga kereta mahal nak mampus 174k. Hari berganti hari, minggu berganti minggu masih belum ada habuk pon dari Toyota. Saya mengambilkan keputusan cancel pembelian kereta ini. Jurujual cuba untuk push UMW memberi allocation untuk mereka, namun tidak berjaya. Namun pada 31/12/2015 jurujual mempunya stock dan cuba untuk memujuk saya membeli. seriously 31/12 baru nak offer saya? gila apakah ini? 174k saya nak bayar untuk kereta yang akan susut nilai besok harinya walaupon diberi diskaun yang tak seberapa ?

Sekarang bulan March 2016 saya mengalami masalah yang hampir sama dengan Wearnes-Volkswagen. Kali ini e-perolehan dan nombor chassis dah ready, walaupon loan dah approve dan agreement dah sign lebih dari seminggu kereta masih belum dapat. 




Sunday, March 27, 2016

Masalah Lampu Amaran(warning light) Pada Proton Preve


Masalah lampu amaran yang sering saya hadapi Proton Preve saya adalah ESC dan Airbag yang sering menyala. ESC adalah singkatan daripada Electronic Stability Control, berfungsi meningkatkan kestabilan kenderaan anda dengan mengesan dan mengurangkan kenderaan anda dari terbabas ke tepi atau berpusing, Ia akan cuba membrek tayar anda secara individu seningga kereta anda kembali stabil.  Ini adalah punci utama saya membeli kereta Proton Preve ini. Tetapi amatlah sedih sekali lampu amaran ini sering menyala tanpa sebab munasabah. Walaupon sudah dihantar ke Proton Service Center, masalah ini masih lagi timbul.

Bayangkan betapa geramnya anda baru lepas keluar dari pusar service tak sampai 15 minit lampu dah menyala kembali, bila ditanya service advisor Proton dijawabnya kami dah reset system dan semuanya ok masa kami test. Kalau saya hantar ke Proton hanya untuk reset system baik saya hantar kat budak darjah 6, tak perlulah saya nak menapak hantar ke Proton, buang duit bayar tambang teksi . Kalau masalah yang sama berlaku pakai kenderaan Volkswagen perkara pertama yang mereka akan buat adalah menukar speed sensor.



Satu lagi masalah Proton adalah airbag sensor sering menyala. Punca utama adalah wayar di bawah kerusi penumpang hadapan. Macam mana la Proton design kenderaan wayar berselirat kat bawah ni, tak masuk akal langsung. Bila dikomplen kat Proton ditegur pulak kita supaya jangan letak apa-apa di bawah kerusi penumpang hadapan. Kereta sampai 70 ribu lebih tak boleh nak hadle pekara asas macam ni, kalaupon tak letak barang kat bawah ni macam-macam benda boleh bergolek dan sentuh wayar ni.Tolong la Proton dah 32 tahun buat kereta benda macam ni pon tak boleh nak fikir ka?


Tuesday, February 16, 2016

Proton Preve ku Jahanam Lagi

Kali ke-3 ditunda ke Proton, kali ni cuba hantar ke COE.

Symptom agak belainan kali ini berbanding 2 kali sebelum ini yang berpunca dari alternator, unutk 2 kes sebelum ini langsung tak boleh start waktu pagi, gear terus lock dan terpaksa ditunda dengan menggunakan  "flatbed tow", soft reset dengan mencabut terminal bateri pon tak meng-unklock gearbox.

Kali ni waktu isteriku sedang bergereak memasukki bulatan di Shah Alam tiba-tiba enjin kereta berbunyi macam lori buruk. selepas keluar dari bulatan dan parking di tepi jalan terus memeriksa minyak enjin dan didapati minyak enjin kosong. Macam mana minyak enjin boleh habis sedangkan mileage kereta belum melebihi 10k KM dan temunjanji dengan Proton adalah besok untuk service. Dan tiada tanda-tanda leaking ketika kereta diparking di rumah.

Tapi masalah ini ada ironik kerana ianya berlaku pada hari Proton mengumumkan untuk memanggil semula , sila refer link ini - Ganti hos penyejuk CFE: Proton panggil semula 94,577 kenderaan. Pada pendapat saya kerata saya mengalami masalah ini dimanda hos penyejuk ini pecah atau bocor memnyebabkan minyak enjin terus kering dah menyebabkan pergeraseran kasar pada piston dan block enjn.