Sebenarnya saya pon tak tau nak bagi apa title untuk penulisan saya, tapi ianya berkaitan proses pembelian kereta di Malaysia. Tahun 2015 saya telah memulakan proses untuk menggantikan Proton Preve saya ini kerana sudah bosan dengannya, bunyi bising ataupon "rattling sound" membuatkan saya jadi gila, dan juga sudah masanya untuk saya upgrade kenderaan. Jadi saya telah membuat research dan mendapai kereta yang saya inginkan adalah "D segment". Seteleh beberapa sesi test drive saya telah membuat keputusan untuk membeli Camry Hybrid, antara sebab memilih Camry Hybrid ini adalah:
- Hybrid system(synergy drive) - Jimat minyak
- NVH - Noise, harshness and vibration sangat bagus jika dibandingkan dengan kenderaan jenis lain dalam segment yg. sama.
- Horsepower & Toque yang agak ok
- Safety yang bagus, tambahan kepada basic safety system seperti, ESC, blindsport monitoring & 7 Airbag.
- 10 JBL speaker.
- Handling - cukup2 makan.
Apabila melawati Toyota Wow Road di Setia City Mall Convention Center pada awal November 2015 dan dijanjikan interest rate, diskaun dan service yang menarik dari salesman Toyota, saya pon datang kembali ke Crestmax auto TTDI untuk sesi test drive dan berbincang mengenai pembelian.
Disini bermulanya taktik salesman kereta, untuk trade-in kebiasaannya mereka akan menjanjikan harga yang tinggi, tapi apabila wakil dari panel kereta terpakai datang mereka akan mencari segala kecacatan yang ada pada kendaraan lama anda untuk mengurangkan harga trade-in. Pekara ini sangatlah bodoh kerana mereka mengharapkan kenderaan anda berada dalam keadaan sempurna untuk mengurangkan harga trade-in. Masalah sebenar disini adalah anda terpaksa top-up wang tambahan untuk melangsaikan hutang anda pada bank, ini sangat berbeza dari pelan asal ketika anda memutuskan untuk membeli kereta berdasarkan janji salesman.
Masalah kedua adalah interest rate, dijanjikan kepada saya interest rate yang rendah dari Maybank, tapi sebenarnya system pembayaran adalah berbeza, ansuran bulanan sangatlah tinggi kerana system pembayaran untuk pinjaman jenis itu berlainan dari kebiasaan . Lalu saya membuat keputusan untuk mencari sendiri loan sendiri, dipendekkan cerita loan saya dengan interest rate yang rendah diluluskan oleh KFH, gembira tak terkira rasanya, cepat-cepat saya datang sign agreement, disangkakan boleh dapat kereta dalam masa 2 minggu sepertia dijanjikan oleh jurujual.
Setelah berhari-hari menunggu jurujual Toyota kembali dengan chassis-number barulah saya tahu yang mereka tidak mempunya ready stock. Bayangkan betapa kecewa rasanya bila anda bertungkus lumus untuk mendapatkan loan , keretanya belum ada, dah lah harga kereta mahal nak mampus 174k. Hari berganti hari, minggu berganti minggu masih belum ada habuk pon dari Toyota. Saya mengambilkan keputusan cancel pembelian kereta ini. Jurujual cuba untuk push UMW memberi allocation untuk mereka, namun tidak berjaya. Namun pada 31/12/2015 jurujual mempunya stock dan cuba untuk memujuk saya membeli. seriously 31/12 baru nak offer saya? gila apakah ini? 174k saya nak bayar untuk kereta yang akan susut nilai besok harinya walaupon diberi diskaun yang tak seberapa ?
Sekarang bulan March 2016 saya mengalami masalah yang hampir sama dengan Wearnes-Volkswagen. Kali ini e-perolehan dan nombor chassis dah ready, walaupon loan dah approve dan agreement dah sign lebih dari seminggu kereta masih belum dapat.